Sharizamuden Al- Muttahar
Demokrasi adalah 1 sistem yg menjadi penghalangnya kewujudan Negara ISLAM yakni KHILAFAH....selagi umat bertuankan DEMOKRASI (KAPITALIS) tidak akan terwujudnya sebuah negara ISLAM seperti yg dijanjikan oleh RASULULLAH S.A.W...nabi berjanji bahawa negara ISLAM akan terbentuk mengikiut MINHAJ kenabian...selagi tiada negara ISLAm @ KHILAFAH adalah HARAM melaksanakan Hukum HUDUD...
2 minutes ago •
April 1 at 2:23pm • Report
Sharizamuden Al- Muttahar
Sharizamuden Al- Muttahar
haram hukumnya melaksanakan hudud andai tiada negara islam,tiada bia'ah kpd khilafah. Apa yg berlaku di Aceh dan Arab saudi adalah menunjjukkn kejahilan umat islam tentang perlaksanaan sedangkan umat tidak dapat segala hasil bumi spt minyak,air,dan elektrik. Termasuk juga sistem sosial, sistem pendidikan,sistem pemerintahan,sistem politik luar ... See Morenegara dan yg terakhir sekali ialah sistem penghakiman....
renung2kan lah...
Sedangkan di Aceh adalah negara autonomi( polis dan tentera di bawah kuasa Indonesia)... See More
wallahu'aklam...
April 1 at 2:23pm • Report
Jusuh Mahsus
Sama2lh kite bedoa kpd Allah, supaya dipermudahkan perjuangan kita kearah melaksanakn hudud & khisos seperti mana mahunye Allah. Islam itu sendiri diambil dr perkataan 'salam' yg b'maksud sejahtera.. semoga dgn tertegaknya hukum Allah ni, maka sejahteralah seluruh penghuni bumi dibawah rahmat Allah.
April 1 at 2:28pm • Report
SAYA MAHU KERAJAAN MALAYSIA LAKSANAKAN HUKUM HUDUD
demokrasi telah wujud sejak sebelum kelahiran junjungan besar nabi muhammad saw lagi.. iaitu zaman yunani.. x pernah ada dalil yg direct pun mgharamkan demokrasi.. lgpun ijma' ulama' telah membenarkan demokrasi di amalkan asalkan kita tidak beriman dgn demokrasi
April 1 at 3:04pm • Report
Ibrahim Jumat
demokrasi sesuai untuk dapatkan baiah umum dari orang ramai atau takyat jelata selepas pemimpin yang hendak diundi diputuskan layak oleh satu majlis syura berdasarkan kriteria yg islamik. Mengatakan demokrasi haram adalah meragukan..
April 1 at 3:22pm • Report
Jusuh Mahsus
apekah definasi sebenar bg demokrasi? kita perlu phm definasi istilah barat ini mengikut kamus politik mereka, kemudian membuat perbandingan dgn AlQuran & sunnah pelaksanaan, namun msh blh belaku percanggahan dikalangan ulama' dlm berijma' mengenai perkara ini, oleh itu harus ditanya kpd saudara Sharizamuden mgp beliau mengatakan demokrasi kapitalist, dr stgh sudut ianya mgkin betul, mintak beliau terangkan hujah beliau mengenai demokrasi utk memberi kefahaman kpd kita, sblm kita blh ulas lg..
April 1 at 9:28pm • Report
Sharizamuden Al- Muttahar
Mengapa demokrasi kufur? Demokrasi itu kufur bukan kerana konsepnya bahawa rakyat menjadi sumber kekuasaan, melainkan kerana konsepnya bahawa manusia behak membuat hukum (KEDAULATAN DITANGAN RAKYAT) yg boleh dijadi itu bertentangan dgn hukum Allah. kekufuran demokrasi dari segi konsep kedaulatan rakyat tersebut sgt jelas sebab menurut AKIDAH ISLAM ... See MoreYG BERHAK MEMBUAT HUKUM HANYA ALLAH SWT, BUKAN MANUSIA.firman Allah swt ertinya," menetapkan hukum hanyalah hak Allah" (QS Surah Al-An-An'nam : 57) walaupun ayat tersebut bersifat umum tp itulah titik kritis dlm DEMOKRASI yg sungguh bertentangan secara frontal dengan ISLAM. pada titik itulah, demokrasi disebut sbg sistem kufur. sebab sudah jelas, memberi hak kpd manusia utk membuat hukum yg bertentangan dgn hukum syarak adalah sesuatu kekufuran, firman Allah swt ertinya: "BARANGSIAPA YG TIDAK MENETAPKAN HUKUM DGN APA YG DITURUNKAN ALLAH, MAKA MEREKA ITU ADALAH ORG2 KAFIR." (QS AL-Maa'idah:44)...
April 3 at 9:35am • Report
HjMisaikontot HjJailani
Sharizamuden - Maaf cakap le,mengamalkan Kita boleh mengamalkan DEMOKRASI, selagi ia tidak bertentangan dengan islam. Contoh, bersanding tu hukum dia apa? Haram kerana ia mengikut cara agama hindu. Tapi diharuskan bila disesuaikan bila mengikut lunas islam..contohnya menutup aurat, tidak bersolek berlebihan dan tidak bermaksud menunjuk nunjuk. ... See MoreBegitu juga DEMOKRASI, memang manusia berhak menentukan hukum. Bagaimana pula kalau manusia yang mengamalkan DEMOKRASI itu mahukan Hukum Allah? Kan manusia diberikan akal untuk memilih yang baik dan buruk. Contoh lagi, lelaki islam wajib memilih wanita islam sebagai isteri. Bagaimana pula kalau dia memilih isteri dari kalangan orang non muslim tapi dia boleh membimbing wanita itu ke arah ISLAM? Saya bukan totok DEMOKRASI, tapi as long as dia tak melanggar Al Quran dan Sunnah, i dont think its Salah. Saya bukan orang pandai macam saudara, SPM pun Saja Ambil Periksa je. Lagi satu, kenapa kita mengambil suatu kegagalan sebagi contoh. Why not kita ambil contoh China yang disisih dunia tapi masih boleh menjadi kuasa besar dunia. Kita convert kejayaannya menjadi kuasa dunia kepada kejayaan kita melaksanakan HUDUDILLAH. Tolong betulkan kalau saya salah. Wallahuaklam.
April 9 at 8:40am • Report
HjMisaikontot HjJailani
Orang yang sering mencari helah atau alasan untuk tidak melaksanakan perintah Allah adalah lebih mirip kepada Kaum Yahudi. Tak caya baca Al Quran, bilamana diperintahkan untuk menyembelih lembu.. macam macam dia tanya. Benda senang jadi susah... Wallahuaklam.
April 9 at 8:35pm • Report
Goku Laden
utk hj misai.. ape pengertian anda mengenai bersanding? Tujuan bersanding utk apa? Bukan ke bersanding utk mempersembahkan diri pada khalayak ramai.... Itu bukan menunjuk2 kee? Kita perlu menilai kesan dr pengamalan amalan yg dibawa oleh demokrasi itu sndri... lahiriah memang nampak baik, KESANNYA secara LEMBUT manusia tidak dpt menilai mana yg HAK... See More dan mana yg BATIL.. " Dan janganlah kamu mencampuradukkan yg HAK dengan yg BATIL dan janganlah kamu sembunyikan yg HAK itu sedangkan kamu mengetahuinya." surah al-Baqarah:42.
Di negara China, mereka adalah pengamal Ideologi KOMINIS,tp oleh sebab ideologi itu berpendpt tidak mempercayai akan wujud nya Al-KHALIQ(tuhan), ini bertentangan dgn FITRAH MANUSIA sndri.. Kebanyakan mereka skrg beramal dgn SOSIALIS KOMINIS.. sy suka agar saudara buat research tentang IDEOLOGI... DEMOKRASI-KAPITALIS, SOSIALIS-KOMINIS & SISTEM KHILAFAH-NEGARA ISLAM... Ini penting bagi mengetahui susur galur bahawa ketiga2 IDEOLOGI tersebut pernah menguasai DUNIA. Kerana ketiga2 ideologi tersebut mempunyai unsur AKIDAH... Memang ada antara pengamal demokrasi itu sndri mahukan Islam seperti HUDUD tetapi adakah mereka berjaya melaksanakan? LIHATLAH 57 buah negara yg diduduki majoriti umat Islam adakah mereka berjaya mengamalkan Islam secara total? Di TURKI,misalnya ERDOGAN sblm memenangi pilihanraya amalan DEMOKRASI... Antara yg ingin dibawa oleh ERDOGAN(parti Islam) adalah MENDAULATKAN FIKRAH ISLAM, Tp tahukah kita.. ERDOGAN nak suruh rakyat pakai TUDUNG pun, ditentang oleh kapitalis(pemodal) melalui IMF... Jd,perlukah ini dijadikan iktibar utk mengembalikan martabad ISLAM... Semoga kita terus berdiskusi secara ilmiah,insyallah
wallahuaklam...
April 10 at 9:24am •
Goku Laden
" Wahai org yang beriman !.. Masuklah kamu ke dalam Islam secara KESELURUHANNYA dan janganlah kamu TURUTI LANGKAH2 SYAITAN. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang NYATA bagimu." Surah Al-Baqarah:208
April 10 at 9:33am •
Goku Laden
" Orang YAHUDI DAN NASRANI tidak akan senang kepada kamu hingga kamu MENGIKUTI AGAMA MEREKA. Katakanlah: Sesungguhnya petunjjuk Allah itulah petunjjuk yg benar (yang benar). Dan sesungguhnya jika kamu MENGIKUTI kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepdamu, maka Allah tidak lagi menjadi PELINDUNG DAN PENOLONG bagimu". QS Al-Baqarah:120.
Kita tidak akan menjadi Yahudi & Nasrani kerana kita dilahirkan berlainan bangsa dr mereka... Mengikut Protokol Yahudi mereka boleh menguasai DUNIA dengan cara meng"yahudi"kan dunia melalui sistem pemerintahan (KAPITALIS-DEMOKRASI) dan PEMIKIRAN (yg menghasilkan perbuatan perilakunya). Lihatlah apa yg berlaku dgn dlm masyarakat kita...sesungguhnya akal yg waras tidak boleh menerima perilaku pembuangan bayi, kes2 bunuh, rasuah, anak derhaka dan lain2 lagi.... semuanya dilakukan oleh org2 yg mengaku dirinya islam... TP,adakah AKIDAH nya islam? Adakah kita boleh melaksanakan ISLAM SECARA KESELURUHAN dlm sistem ciptaan mereka? Jika TATACARA perlaksanaan mengikut sistem( mengikuti agama mereka/akidah), dapat kah kita PELINDUNG DAN PENOLONG dari Allah swt... Atau kita akan lihat bagaimana umat diHINAKAN spt apa yg berlaku skrg? Di Bosnia, Palestin, Irak, Yala,Afghan,Malaysia(sosialnya) dll....
Yg PASTI(janji rasulullah)Islam (Khilafah) passti bangkit mengikut MINHAJ KENABIAN...
wallahuaklam...
April 10 at 11:06am •
Syed Ali Syed Ibrahim
Demokrasi itu memang sistem Kufur yang tidak boleh dicampur-adukkan dgn Islam. Yang mungkin ader ,adalah pilihan raya.. . itu pun wakil rakyat hanya mempunyai dua peranan. 1) memuhasabah pemimpin agar sentiasa selaras dgn hukum2 syarak. 2) memastikan hak-hak rakyat tempat yg dia wakili mendapat hak mereka. Bukan seperti sekarang .. !! depa pegi ... See MoreParlimen tuk aper?? depa gi sana , mencadang, membahas dan meminda undang2!! .
Tentang Demokrasi yg lebih details,, nanti akan diberikan alamat blog yg menghuraikan nya secara details..InsyaAllah..
April 10 at 12:51pm • Report
Misbun Daris Mohd Daris
secara fakta , ada ke Negara Demokrasi yg melaksanakan hudud?!! parti Reffah turki yg mengusung "bendera Islam" semasa berkempen dan menang p/raya lalu memerintah Negara Turki skrg bkn saja TIDAK melaksanakan hudud, nak memutuskan hubungan deplomatik dgn Yahudi Israel pun tak mampu. kita kena jelas realiti p/raya Dmkrsi itu sendiri, iaitu cara ... See Morememilih pemimpin. MEMILIH pemimpin dgn MENEGAKKAN kepimpinan adlh 2 perkara yg berbeza. memilih adlh cara mengantikan yg dah ada. menegakkan adlh mengadakan yg tak ada. realitinya kepemimpinan Islam itu tak ada utk melaksanakan hkm2 Allah & RasulNya. jadi ?nya disini adlh FORMULA utk dpt kuasa bg mendaulatkan Islam dlm kehidupan. sbg Muslim kita Wajib merujuk formula/ Thariqah Rasul saw dlm mendirikan Daulah Islam."ssungguhnya telah ada pada diri Rasullulah cth yg baik bagimu" (TMQ: Al-Ahzab:21). salah formula tidak akan berjaya bahkan berdosa. Nabi saw bersabda:"sapa saja yg berbicara dlm urusan kami,pada hal bukan berasal darinya,maka dia di tolak" (HR Muslim)
April 13 at 8:11am • Report
Syed Ali Syed Ibrahim
Kepada yang mahu membaca perihal kufurnya sistem Demokrasi secara rinci layari lah http://www.scribd.com/doc/14061928/Demokrasi-Sistem-Kufur
April 14 at 12:47pm • Report
HjMisaikontot HjJailani
SAUDARA GOKU LADEN -
1. SAYA BUKAN MENYOKONG BERSANDING TU. SAYA SENDIRI MENOLAK BERSANDING. TAPI, SAYA KATAKAN BELUM ADA LAGI YANG SAYA DENGAR ADA ULAMA' YANG MENGATAKAN BERSANDING TU HARAM SECARA TOTAL. SAYA BERSETUJU KALAU BERSANDING JUST SEKADAR UNTUK BERGAMBAR SEBAGAI KENANGAN UNTUK AHLI KELUARGA. BUKAN BERSANDING YANG DIAMAL SEKARANG. SELESAI BERGAMBAR, PENGANTIN KELUAR MELAYAN TETAMU. JANGAN PULAK KELUAR DENGAN JUST BERKAIN PELIKAT/BATIK SAJA KERANA IA AKAN MENYEBABKAN ORANG MENGATA. BERSOLEK ALA KADAR..
ITU MAKSUD SAYA.
2. SAYA JUGA BUKAN MENYARANKAN KITA MENYONTOHI NEGARA CINA 100%. JUST AMBIK SEMANGAT YANG ADA PADA MERAKA DAN CONVERT UNTUK KITA MELAKSANAKAN HUKUM ISLAM. WALAU DI SISIH OLEH DUNIA, TAPI MEREKA STILL BOLEH JADI KUASA DUNIA. KITA TUKAR, WALAU TAK DISUKAI OLEH ORANG KAFIR, TAPI KITA STILL BOLEH MELAKSANAKANNYA. BUKAN SEMUA YANG DARI CINA TU TAK ELOK... THAT WHY NABI SURUH KITA MENUNTUT ILAMU SAMPAI KE NEGERI CINA. KITA AMBIL YANG POSITIF.. BAGAIMANA MEREKA BERKERJA BUKAN AMBIL KEPERCAYAAN MEREKA. KITA BOLEH BELAJAR BAGAIMANA MENGURUS EKONOMI DARI ORANG ISRAEL TAPI JANGAN LE KITA BERIMAN DENGAN KEIMANAN MEREKA. THINK POSITF.
3. SEBELUM NABI MUHAMMAD ADA 124,000 NABI YANG DITURUNKAN (BETULKAN KALAU FIGURE SAYA SALAH). SETELAH 123,999 NABI KURANG BERJAYA MEMPERKEMBANGKAN AKIDAH UMAT, ADAKAH PERLU NABI MUHAMMAD JUGA MENGAMBIL IKTIBAR DARI KEGAGALAN MEREKA? KALAU BEGITU NABI MUHAMMAD TAK PAYAH NAK BERDAKWAH DAH COZ DAN 123,999 NABI GAGAL. KITA AMBIL AKTIBAR DARI KAGAGALAN MEREKA. KAT MANA SILAPNYA... KALAU DEMOKRASI YANG MENJADI PENYEBAB KEGAGALAN ITU, KITA TOLAK DEMOKARASI.. SEBAGAI CONTOH. ORANG YANG PALING LEMAH IALAH ORANG YANG YANG MENYERAH SEBELUM BERJUANG. SAYA TAU SAUDARA TIDAK, TAPI UNSUR KE ARAH ITU ADA.... See More
4. YES, SAYA SETUJU DENGAN SAUDARA SYED ALI SYED IBRAHIM. KITA BUKAN AMBIL DEMOKRASI SECARA TOTOKNYA. KITA AMBIL MANA YANG BAGUS... KALAU PILIHAN RAYA TU BAGUS, KITA AMBIK YANG TAK BAGUS KITA TOLAK. MACAM PEMAKAIAN KOT. ITU KAN CARA ORANG YAHUDI TU, TAPI PASAL CARA TU BOLEH MEMANASKAN BADAN KITA TERIMA. TAPI JANGAN PULAK BERBANGGA DENGAN CARA PEMAKAIANNYA... CONTOH LAGI. DI MALAYSIA, UNTUK MENGIKT SUNAH SECARA MUTLAK. PERLUKAN KITA ATAU WAJIB KE KITA MEMAKAI JUBAH DAN BERSERBAN SEPANJANG MASA. MASUK KEBUN SAWIT, PERGI KE BENDANG, HATTA BEKERJA SEBAGAI BURUH BINAAN? BETULKAN KALAU SAYA SALAH.
5. SAUDARA MISBUN DARIS. bUKAN SEMUA BID' AH TU TERTOLAK SECARA TOTAL BANG. MACAMAN PULAK DENGAN KOMPUTERDA TELEFON ZAMAN SEKARANG? MEMANG/MUNGKIN INI SALAH SATU CARA ORANG YAHUDI NAK MEROSAKKAN KITA, TAPI TAK SALAH KALAU KITA AMBIL AS A TEKNOLOGI. LAGI SATU, NABI BERSABDA, SETIAP LANGKAH KE MASJID AKAN DI NAIKKAN SATU DARJAT DAN DIHAPUS SATU DOSA. MACAMANA PULAK KALAU MASJID TERLETAK SATU KILOMETER DARI RUMAH, KENA PULAK HARI HUJAN. NABI DULU RUMAH SEBELAH MASJID... JADI KITA BOLEH AMBIL BID'AH PERGI MASJID NAIK KERETA.
AKHIR KATA SAYA SUKA BERBINCANGAN INI. MARILAH KITA BERSAMA SAMA BERBINCANG SECARA ILMIAH. INGAT, SAYA BUKAN SEORANG YANG TOTOK DEMOKARASI ATAU MENOLAK HUDUD. SILA BACA KOMEN SAYA KESELURUHANNYA.
April 16 at 4:09pm • Report
Misbun Daris Mohd Daris
salam sdr hjmisai. kita perlu faham bid'ah secara benar. sila baca perbincangan ini.
Soalan:
Dalam suatu pertemuan, kami ada membincangkan masalah bid’ah secara istilah. Sebahagian daripada kami mengatakan bahawa bid’ah itu mencakupi semua bentuk yang menyalahi ketentuan asy-Syâri’. Sedangkan sebahagian yang lain mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan bid’ah itu hanyalah penyimpangan ketentuan asy-Syâri’ dalam bab ibadah. Kami ingin memohon penjelasan tentang masalah ini. Semoga Allah SWT memberikan balasan yang lebih baik kepada anda.
... See More
Jawapan:
Perintah-perintah asy-Syâri’ itu mempunyai dua jenis:
Jenis pertama, dinyatakan ayat perintah yang disertai oleh penjelasan tatacara menunaikan perintah tersebut, iaitu langkah-langkah praktikal untuk menunaikannya. Misalnya Allah SWT berfirman:
وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ
“Dan dirikanlah solat”. [TMQ Al-Baqarah (2): 43]
Ini adalah ayat perintah. Akan tetapi manusia tidak dibiarkan untuk solat mengikut keinginannya melainkan dengan diiringi oleh nas-nas lain yang menjelaskan tatacara menunaikan solat yang dimulai takbiratul ihram, berdiri, membaca al-Fatihah, ruku’, i’tidal, sujud dan seterusnya. Demikian juga Allah berfirman:
وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ
“..Dan mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah” [TMQ Ali-‘Imran (3): 97]
Ini adalah ayat perintah untuk menunaikan haji “berbentuk ayat berita dengan makna tuntutan”, kemudian terdapat nas-nas yang menjelaskan tatacara menunaikan perintah berhaji tersebut.
Jenis kedua, dinyatakan ayat perintah yang bersifat umum atau mutlak tanpa disertai dengan penjelasan tatacara untuk menunaikannya, yakni tiada penjelasan tentang langkah-langkah praktikal untuk menunaikannya.
Misalnya sabda Rasulullah saw:
“Barangsiapa yang melakukan salaf atas sesuatu, hendaklah dalam takaran dan timbangan tertentu dalam jangka waktu tertentu” [HR Bukhari]
Di sini terdapat perintah melakukan jual beli salam “salaf” dengan kalimat ayat bersyarat. Beliau memerintahkan agar jual beli salam itu dilakukan pada takaran, timbangan dan jangka waktu tertentu. Akan tetapi asy-Syâri’ tidak menjelaskan tatacara langkah-langkah perlaksanaannya, misalnya adakah dua orang yang berakad perlu duduk berhadapan dan membaca sesuatu daripada al-Quran, kemudian melangkah ke depan saling memeluk satu sama lain, kemudian saling menyeru dalam masalah jual beli salam dan setelah itu baru dilakukan ijab dan qabul.
Contoh lain, sabda Rasulullah saw:
“Emas dengan emas adalah riba kecuali secara tunai” [HR Muslim]
“Emas dengan emas harus sama, dirham dengan dirham harus sama” [HR Bukhari dan Muslim]
Ini merupakan perintah “ayat berita dengan makna tuntutan”. Akan tetapi tidak dijelaskan tatacara langkah-langkah praktikal untuk pertukaran tersebut seperti yang kami sebutkan sebelumnya.
Contoh yang lain, telah sahih bahawa Rasul SAW telah memerintahkan untuk berdiri jika terdapat jenazah yang lalu. Akan tetapi beliau tidak menjelaskan tatacara langkah-langkah praktikal berdiri tersebut seperti yang kami jelaskan pada contoh yang pertama.
Jadi di sini, terdapat perintah-perintah asy-Syâri’ yang bersamanya dinyatakan langkah-langkah praktikal untuk menunaikannya, dan terdapat juga perintah-perintah asy-Syâri’ yang dinyatakan secara mutlak atau secara umum tanpa disertai dengan langkah-langkah praktikal secara terperinci tentang tatacara menunaikannya.
Penyimpangan daripada perintah asy-Syâri’ yang di dalamnya dinyatakan tatacara penunaiannya secara istilah disebut sebagai bid’ah kerana ia dilakukan tidak menurut tatacara yang telah dijelaskan oleh asy-Syâri’.
Jadi bid’ah secara bahasa seperti yang dinyatakan di dalam Lisân al-‘Arab: orang yang mengada-adakan (al-mubtadi’) adalah orang yang mendatangkan sesuatu perkara yang belum pernah ada contohnya. Mengada-adakan sesuatu (abda’at asy-syay’a): membuatnya tidak berdasarkan contoh sebelumnya.
Bid’ah secara istilah pula, iaitu penyimpangan tatacara syar’i yang telah dijelaskan oleh syara’ untuk menunaikan sesuatu perintah syar’i. Inilah maksud yang disebut dalam hadis berikut:
“Barangsiapa yang melakukan sesuatu perbuatan yang tidak ada ketentuan kami tentangnya, maka ia tertolak” [HR Bukhari dan Muslim]
Jika seseorang bersujud sebanyak tiga kali di dalam solatnya (dalam satu rakaat) dan bukannya dua kali, maka itu adalah bid’ah. Barangsiapa yang melontar jamrah di Mina sebanyak lapan kali lontaran dan bukannya tujuh kali lontaran, maka ia telah melakukan bid’ah. Semua bid’ah merupakan kesesatan, dan setiap kesesatan tempatnya di dalam neraka, iaitu dia berdosa atas perbuatannya tersebut.
Sebaliknya, bagi perintah-perintah syara’ yang tidak memiliki tatacara tertentu (dalam perlaksanaannya), maka itu termasuk dalam cakupan hukum-hukum syara’. Jadi ia dikatakan sama ada haram, atau makruh, atau mubah jika berbentuk seruan taklif (khithâb at-taklîf). Atau ia dikatakan batil atau fasid jika berbentuk seruan wadh’i (khithâb al-Wadh’i). Hal itu bergantung kepada petunjuk (qarinah) yang menyertai perintah tersebut dari segi ketegasan, penguatan atau pilihan.
Dalam contoh kami yang pertama, barangsiapa yang melakukan salaf “iaitu mengakadkan akad salam” dengan menyalahi perintah asy-Syâri’ iaitu tanpa takaran, timbangan dan tempoh tertentu, maka itu tidak dikatakan bahawa dia melakukan bid’ah. Tetapi dikatakan bahawa itu akad yang menyalahi perintah asy-Syâri’, ia adalah batil atau fasid, bergantung kepada jenis penyimpangannya.
Pada contoh kedua, jika menyalahi perintah asy-Syâri’ tentang “emas dengan emas, secara tunai dan sama”, seandainya seseorang lelaki menukar emas dengan emas dengan cara menyalahi perintah asy-Syâri’ iaitu tidak sama dan bukan secara tunai, maka itu tidak dikatakan bahawa ia mendatangkan bid’ah kerana menyalahi perintah tersebut. Melainkan dikatakan ia melakukan keharaman dengan melakukan muamalah ribawi.
Menyalahi perintah berdiri ketika ada jenazah yang lalu dan ia tetap duduk, tidak dikatakan bahawa itu adalah bid’ah, tetapi dikatakan bahawa itu adalah mubah kerana nas-nas syara’ menyatakan dua keadaan. Imam Muslim mengeluarkan hadis daripada Ali bin Abi Thalib r.a, ia berkata:
“Rasulullah SAW berdiri kemudian beliau duduk” [HR Muslim]
Begitu juga dalam contoh lain berkenaan memilih pasangan,
“Pilihlah yang memiliki kebaikan agama, nescaya engkau akan selamat” [HR Bukhari]
Penyimpangan terhadap perintah ini tidak dikatakan sebagai bid’ah, akan tetapi perlu dikaji hukum syara’ berkaitan pernikahan dengan wanita yang tidak memiliki kebaikan agama. Hal itu adalah kerana tidak dijelaskan langkah-langkah praktikal dalam memilih pasangan. Misalnya adakah orang yang meminang itu perlu berdiri di depan wanita itu, membaca ayat kursi, lalu melangkah ke depan satu langkah dan membaca surah al-Falaq dan an-Nas, kemudian melangkah satu langkah lagi dan membaca basmalah, kemudian menghulurkan tangan kanannya dan menyampaikan pinangan.
Demikian juga sabda Rasul SAW,
“Wahai para pedagang, sesungguhnya jual beli ini dihadiri oleh ungkapan berlebihan dan sumpah, maka siramilah ia dengan sedekah” [HR Abu Dawud dan Ahmad]
Ucapan Nabi SAW itu disampaikan kepada para pedagang disebabkan mereka banyak bersumpah. Maka asy-Syâri’ tidak menjelaskan langkah-langkah terperinci untuk menunaikan perintah “siramilah”. Oleh sebab itu, maka tidak dikatakan bahawa barangsiapa yang menjual dan menggunakan sumpah, jika ia tidak jujur, itu tidak dikatakan bahawa ia telah mendatangkan bid’ah. Melainkan perlu dikaji hukum syara’ berkaitan dengan ketidakjujuran pedagang yang mengucapkan sumpah ketika berjual beli itu.
Begitulah berkaitan penyimpangan terhadap perintah-perintah asy-Syâri’ yang tidak menunjukkan tatacaranya secara terperinci untuk menunaikannya.
Sun at 12:51pm • Report
Misbun Daris Mohd Daris
Dengan melakukan rungkaian terhadap nas-nas syara’, didapati bahawa pada sebahagian besar ibadah dinyatakan tatacara untuk menunaikan perintah asy-Syâri’ tersebut, iaitu langkah-langkah praktikal untuk menerapkan perintah asy-Syâri’ itu. Oleh kerana itu, bid’ah tidak terjadi dalam perkara selain daripada ibadah. Kerana hanya ibadah sahajalah yang di dalamnya dinyatakan langkah-langkah praktikal untuk menerapkan perintah asy-Syâri’.
Dinyatakan sebahagian besar ibadah kerana terdapat juga beberapa ibadah yang tidak dinyatakan langkah-langkah praktikal perlaksanaannya. Misalnya, jihad. Meskipun jihad adalah ibadah, namun perintah-perintahnya dinyatakan secara mutlak atau bersifat umum.
“Perangilah orang-orang kafir yang berada di sekitar kamu itu” [TMQ At-Taubah (9): 123]... See More
“Berjihadlah (melawan) orang-orang kafir dan orang-orang munafik itu, dan bersikap keraslah terhadap mereka.” [TMQ At-Taubah (9): 73]
Perintah-perintah tersebut tidak terdapat nas-nas yang menjelaskan tatacara pelaksanaannya. Tidak terdapat tatacara contohnya memerangi itu dengan apa, adakah dengan membaca ayat-ayat, mengirim pengintip, melangkah satu langkah ke depan, kemudian bergerak ke kanan dan sebagainya. Oleh kerana itu, barangsiapa yang tidak berjihad pada waktu yang telah ditetapkan untuk berjihad, tidak dikatakan ia mendatangkan bid’ah. Melainkan dikatakan ia melakukan keharaman kerana tidak turut berjihad.
Ringkasnya bahawa penyimpangan terhadap perintah asy-Syâri’ di mana asy-Syâri’ telah menjelaskan tatacara penunaiannya, maka penyimpangan itu merupakan bid’ah. Sedangkan penyimpangan perintah asy-Syâri’ yang bersifat mutlak atau bersifat umum, di mana asy-Syâri’ tidak menjelaskan tatacara penunaiannya, maka penyimpangan itu berlaku bergantung pada hukum syara’, “taklif - sama ada haram, makruh, mubah” atau “wadh’iy – sama ada batil, fasad”.
Dengan melakukan penelitian, didapati bahawa kebanyakan ibadah di dalamnya dinyatakan tatacara penunaiannya. Oleh sebab itu, penyimpangan yang terjadi di dalam ibadah adalah termasuk dalam kategori bid’ah. Manakala dalil-dalil muamalah atau jihad yang dinyatakan secara mutlak atau umum, penyimpangan yang terjadi di dalamnya termasuk dalam bab hukum syara’ “taklif: haram, makruh, mubah” atau “wadh’iy: batil, fasad”.
Sun at 12:53pm • Report
Misbun Daris Mohd Daris
mengunapakai Demokrasi bkn bid'ah tp haramjadah. Ruj makna AlQuran: "barang siapa mencari selain Islam sbg DEEN maka ia tertolak"
Sun at 1:02pm • Report
Goku Laden
Utk HjMisai>>NO.2 Telah diberitahu sblmnya, ketiga2 Ideologi (sistem/mabda') berdiri/tertegak berdasarkan kekuatan AKIDAH. Dua drpdnya mempunyai NEGARA,tp satu(Islam)dpdnya hanya ada pada individu2 diseluruh dunia.
Bagi Kominisme/sosialisme, ideologi/sistem tersebut dianuti spt. diNegara China dan Kesatuan Soviet, disebabkan DASAR BERFIKIR(qaidah fikriah) mereka tidak mempercayai tuhan secara amnya berlawanan dgn fitrah manusia dan kepercayaan terhadap idelogi/sistem ini mula tertolak/terhakis maka kita boleh lihat bagaimana Kesatuan soviet runtuh dan terpecah yg membawa beberapa bhgian negeri kecil, yg tinggal hanyalah Rusia.
Bagi Kapitalisme/demokrasi, akidah sekular ini DASAR BERFIKIR(Qaidah fikriah)nya adalah MEMISAHKAN AGAMA DARI KEHIDUPAN dan ia menjadi LANDASAN PEMIKIRAN setiap penganutnya. Diatas dasar berfikir inilah DITENTUKAN setiap arah PEMIKIRAN MANUSIA dan ARAH PANDANGAN HIDUPnya bagi menyelesaikan masalah berkaitan KEHIDUPAN. Lalu,idealogi/sistem ini dijadikan KEPIMPINAN BERFIKIR(Qiadah fikriah) yg diemban dan disebarluas/diterapkan oleh barat di seluruh pelosok dunia termasuk negeri2 umat Islam.... See More
Meskipunkedua2 ideologi/sistem(kapitalisme&sosialisme) ini berbeza pendapat tentang idea dasar tentang manusia,alam dan hidup tetapi kedua2nya sepakat bahawa nilai2 yg paling tinggi dan terpuji adalah nilai2 yg DITETAPKAN OLEH MANUSIA itu sendiri. Sbgai contoh: Manusia sekarang melihat bahawasanya KEBAHAGIAN itu adalah dgn memperolehi sebesar2 KESENANGAN yg bersifat KEBENDAAN. Lihat apa yg berlaku didlm masyarakat kita. Inilah yg disebut KEPIMPINAN BERFIKIR (Qiadah fikriah)
Malangnya akibat dari mencampur-adukkan Yg HAK & yg BATIL, saudara telah membuat kenyataan bahawa "KITA BOLEH BELAJAR BAGAIMANA MENGURUS EKONOMI DARI ORG ISRAEL TP JGNLAH BERIMAN DGN KEIMANAN MEREKA". Berdasarkan kenyataan itu kita lihat kesimpulan bagaimana rendah nya pemikiran umat2 islam diserata dunia.x kisah kalau saudara mngatakan dibolehkan belajar/mengambil teknologi dr pd mereka tp bab EKONOMI,kita belajar dr mereka... KITA AKAN MENJURUS PD RIBAWI. Lihatlah bagaimana sistem2 Islam diperlekehkan dlm sitem kewangan BARAT. Pening kepala para ulama utk meng'ISLAM'kan bank2 yg ada di negara ini. Bayangkanlah mcmmna nak selaras BANK ISLAM mengikut telunjuk BANK KONVESIONAL (ruj: http://adindaali.blogspot.com/)
Bahayanya apabila kita tidak mengambil Islam KESELURUHAN kerana setiap perbuatan yg kita lakukan, mngandungi HUKUM2 DARI ALLAH SWT dan KEPIMPINAN BERFIKIR kita akan menunjukkan ketidakpercayaan kita terhadap sistem Islam itu sendiri. Kerana penerapan Ideologi/sistem Islam itu di manifestasikan dlm 5 bidang, iaitu hukum2 syarak yg berkaitan dgn masalah 1)SOSIAL(mengatur interaksi lelaki &perempuan). 2)EKONOMI. 3)PENDIDIKAN. 4)POLITIK LUAR-NEGERI. dan 5)PEMERINTAHAN.(Kedaulatan Undang2 Islam)
wallahu'aklam...
Mon at 12:51am •
HjMisaikontot HjJailani
Terima Kasih atas penjelasan saudara...
Yesterday at 3:57pm • Report
HjMisaikontot HjJailani
Nak betulkan sikit, kalau riba' tu haram, kita jangan ikut.... kita amik mana yang bagus, bukan 100%...
Wednesday, April 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment