Khutbah Terakhir MUHAMMAD SAW:
Ketika Rasulullah SAW mengerjakan Ibadah Haji yang terakhir, maka pada 9Zulhijjah tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Bukit Arafah. Baginda menyampaikan Khutbah terakhirnya dihadapan kaum Muslimin, diantara isi yang Terakhir dari Rasulullah SAW itu ialah:
“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yg hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah kepada org yg tidak dapat hadir disini pada hari ini.”
“Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci. Kembalikanlah HARTA yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti mu lagi, ingatlah bahawasanya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas perhitungan kamu. Allah telah mengHARAMkan RIBA’, oleh itu segala urusan yang melibatkan RIBA’ dibatalkan mulai sekarang.”
“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara yang BESAR,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara yang kecil.”
“Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai HAK keatas isteri kamu, mereka juga mempunyai HAK keatas diri kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan HAK mereka keatas kamu, maka mereka juga berHAK diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan HAK kamu keatas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan DILARANG melakukan ZINA.”
“Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah dibulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaanmu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, TIDAK seorang pun yang lebih MULIA dari yang lain nya, kecuali dalam TAKWA dan BERAMAL SOLEH.”
“Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan TIDAK akan LAHIR AGAMA BARU.Oleh itu wahai manusia, nilai lah dengan BETUL dan FAHAMILAH kata-kataku yang aku SAMPAIKAN kepada kamu.Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu DUA perkara , yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya,nescaya kamu tidak akan TERSESAT selama-lamanya. Itulah AL-QURAN dan SUNNAHKU.”
“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku , menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang TERAKHIR lebih MEMAHAMI kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. SAKSIKANLAH ya Allah bahawasanya telah aku sampaikanlah RISALAH-MU kepada hamba-hamba MU.”
Thursday, July 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment